NASIHAT KEDUA
WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA
Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Nafsu sangat mencintai perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya emndapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperoleh ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatan dan sebab kebahagiannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. Bukanlah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah menghasilkan(memperoleh) ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang tidak mengetahui apa-apa. Seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:
Yang bermaksud: ORANG YANG PALING PEDIH SEKSAANNYA PADA HARI KIAMAT NANTI IALAH SEORANG ALIM YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT AKAN DIA OLEH ALLAH SENGAN ILMUNYA
Dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau. Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya: APA KHABAR KAMU WAHAI ABU AL QASIM(Al Junaidi Al Baghdadi). Lalu imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab: SEBENARNYA TELAH HILANG SEGALA ILMU YANG ZAHIR DAN JUGA TELAH HILANG SEGALA ILMU YANG BATIN. DAN SUDAH TIDAK ADA LAGI YANG BERMANFAAT KECUALI HANYA BEBERAPA RAKAAT YANGS SEMPAT KAMI LAKUKAN DI TENAG MALAM
RUMUSAN PENULIS
Pada saya Imam Ghazali pada utamanya beliau menasihati bahawa memberi nasihat itu lebih mudah daripada menerima nasihat. Orang yang sukar menerima nasihat ialah orang yang sentiasa dikawal oleh nafsu dan egonya sendiri.
Pada hal yang keduanya Imam Ghazali menyatakan tentang konsep ilmu dan amal kerana kata beliau orang yang mempunyai ilmu pengatahuan(terutamanya dalam ilmu AGAMA) akan lebih seksaannya daripada orang yang kurang pengetahuannya.Ini bukanlah satu faktor untuk kita tidak mendalami ilmu tetapi menegaskan bahawa ilmu yang ada pada diri kita hendaklah diamalkan dengan betul dan juga menyampaikannya kepada orang lain.