Saturday, 29 November 2014

PESANAN AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASIN




WAHAI PARA PEMUDA.AKU INGIN KAMU MENYEDARI DAN MENGHAYATI MAKNA TENTANG  TANGGGUNGJAWAB . KALIAN HARUS TABAH MENGHADAPI KESULITAN HIDUPDENGAN MENINGGALKAN KELUH KESAH . AKU MENYERU KAMU UNTUK MENGHADAP ALLAH SWT , MEMOHON KEAMPUNAN DARINYA  AGAR DIA MEMBERI REZEKI YANG BERKAT KEPADA KAMU . AKU MENYERU KAMU MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA DAN MENYAYANGI ORANG YANG LEBIH MUDA

al-ULAMA' warasatul ANBIYA' (ULAMA' itu pewaris kepada para NABI)


SESUNGGUHNYA KEBENARAN ITU SATU TIDAK BERBILANG. MAKA BERSATULAH DI ATAS DASAR ISLAM DAN MEMBULATKAN MATLAMAT KERANA ALLAH
-SYEIKHUNA ZAINUL ASRI-

Friday, 1 August 2014

PERMATA YANG DICARI

MALAS BERTAUBAT.........HURMMMMM

7 KONSEP TUDUNG MENGIKUT KETETAPAN ISLAM BAGI WANITA YANG SOLEHAH

KATA SAIDINA ALI KARAMALLAHHU WAJHAH

AYYUHAL WALAD

NASIHAT KEDUA

WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Nafsu sangat mencintai perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya emndapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan  kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperoleh ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatan dan sebab kebahagiannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. Bukanlah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah menghasilkan(memperoleh) ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang tidak mengetahui apa-apa. Seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:

Yang bermaksud: ORANG YANG PALING PEDIH SEKSAANNYA PADA HARI KIAMAT NANTI IALAH SEORANG ALIM YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT AKAN DIA OLEH ALLAH SENGAN ILMUNYA

Dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau. Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya: APA KHABAR KAMU WAHAI ABU AL QASIM(Al Junaidi Al Baghdadi). Lalu imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab: SEBENARNYA TELAH HILANG SEGALA ILMU YANG ZAHIR DAN JUGA TELAH HILANG SEGALA ILMU YANG BATIN. DAN SUDAH TIDAK ADA LAGI YANG BERMANFAAT KECUALI HANYA BEBERAPA RAKAAT YANGS SEMPAT KAMI LAKUKAN DI TENAG MALAM

RUMUSAN PENULIS

Pada saya Imam Ghazali pada utamanya beliau menasihati bahawa memberi nasihat itu lebih mudah daripada menerima nasihat. Orang yang sukar menerima nasihat ialah orang yang sentiasa dikawal oleh nafsu dan egonya sendiri.
Pada hal yang keduanya Imam Ghazali menyatakan tentang konsep ilmu dan amal kerana kata beliau orang yang mempunyai ilmu pengatahuan(terutamanya dalam ilmu AGAMA) akan lebih seksaannya daripada orang yang kurang pengetahuannya.Ini bukanlah satu faktor untuk kita tidak mendalami ilmu tetapi menegaskan bahawa ilmu yang ada pada diri kita hendaklah diamalkan dengan betul dan juga menyampaikannya kepada orang lain.  

CARA SOLAT YANG BETUL......A CORRECT WAY IN MUSLIM PRAY

Thursday, 31 July 2014

MY LIFE AS A MUSLIM STUDENT


Doa Seorang Suami Terhadap Zawjahnya Sewaktu Di Ijab Kabul

ijab kabul

^-^ 6 PESANAN IMAM GHAZALI

6 PESANAN IMAM GAHZALI
(Pesanan Yang Berbentuk Soalan Terhadap Muridnya)


1
Apa Yang Paling Dekat Dengan Kita

#MATI

2
Apa Yang Paling Jauh Dengan Kita

#MASA LALU

3
Apa Yang Paling Besar Di Dunia Ini

#NAFSU

4
Apa Yang Paling Berat Di Atas Dunia Ini

#AMANAH

5
Apa Yang Paling Berat Di Atas Dunia Ini

#TINGGAL SOLAT

6
Apakah Yang Paling Tajam Di Atas Dunia Ini

#LIDAH

anak-anak muridnya lansung tidak dapat menjawab soalan yang diberikan secara tepat.Inilah antara Hikmah Imam Al-Ghazali

AYYUHAL WALAD

Nasihat Pertama

WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA,

Sebahagian daripada nasihat RASULULLAH kepada umatnya

 Ertinya: Adakah dikira sebagai tanda berpalingnya seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya(iaitu beribadat kepada ALLAH) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat kelak) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".

Imam Ghazali menerangkan bahawa masa itu adalah penting kerana pepatah arab ada menyebut masa diibaratkan pedang jika tidak digunakan dengan betul pedang itu boleh membawa bahaya kepada kita.ALLAH juga telah bersumpah dengan masa seperti di dalam Al-Quran surah Al-Asr, Ad-Dhuha, Al-Lail.SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DI DALAM KERUGIAN MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH..AL-Asr 

Sharing knowledge is like sharing a sweet that defianately sweet and never end......soooo every can taste and happy together

AYYUHAL WALAD (WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA) IMAM GHAZALI

Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali (Imam Al Ghazali) mengarangkan sebuah kitab walaupun pada asalnya adalah sebuah surat yang depenuhi dengan nasihat dan panduan untuk hidup di atas muka bumi yang di beri nama AYYUHAL WALAD bermaksud wahai anakku. Imam Ghazali memulakan setiap nasihat yang ditulisnya di dalam surat itu dengan panggilan YA AYYUHAL WALAD ....Ini dapat menggambarkan kasih sayang Imam Ghazali terhadap anak-anak muridnya menerusi nasihat yang disampaikan dalam bahasa yang halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nuraini sehingga kadang dapat menaglirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali terhadap para pencinta ilmu mahupun masyarakat yang baru menjinakkan diri dalam ilmu agama....