Nasihat Pertama
WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA,
Sebahagian daripada nasihat RASULULLAH kepada umatnya
Ertinya: Adakah dikira sebagai tanda berpalingnya seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya(iaitu beribadat kepada ALLAH) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat kelak) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".
Imam Ghazali menerangkan bahawa masa itu adalah penting kerana pepatah arab ada menyebut masa diibaratkan pedang jika tidak digunakan dengan betul pedang itu boleh membawa bahaya kepada kita.ALLAH juga telah bersumpah dengan masa seperti di dalam Al-Quran surah Al-Asr, Ad-Dhuha, Al-Lail.SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DI DALAM KERUGIAN MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH..AL-Asr
No comments:
Post a Comment