Thursday, 31 July 2014

MY LIFE AS A MUSLIM STUDENT


Doa Seorang Suami Terhadap Zawjahnya Sewaktu Di Ijab Kabul

ijab kabul

^-^ 6 PESANAN IMAM GHAZALI

6 PESANAN IMAM GAHZALI
(Pesanan Yang Berbentuk Soalan Terhadap Muridnya)


1
Apa Yang Paling Dekat Dengan Kita

#MATI

2
Apa Yang Paling Jauh Dengan Kita

#MASA LALU

3
Apa Yang Paling Besar Di Dunia Ini

#NAFSU

4
Apa Yang Paling Berat Di Atas Dunia Ini

#AMANAH

5
Apa Yang Paling Berat Di Atas Dunia Ini

#TINGGAL SOLAT

6
Apakah Yang Paling Tajam Di Atas Dunia Ini

#LIDAH

anak-anak muridnya lansung tidak dapat menjawab soalan yang diberikan secara tepat.Inilah antara Hikmah Imam Al-Ghazali

AYYUHAL WALAD

Nasihat Pertama

WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA,

Sebahagian daripada nasihat RASULULLAH kepada umatnya

 Ertinya: Adakah dikira sebagai tanda berpalingnya seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya(iaitu beribadat kepada ALLAH) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat kelak) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".

Imam Ghazali menerangkan bahawa masa itu adalah penting kerana pepatah arab ada menyebut masa diibaratkan pedang jika tidak digunakan dengan betul pedang itu boleh membawa bahaya kepada kita.ALLAH juga telah bersumpah dengan masa seperti di dalam Al-Quran surah Al-Asr, Ad-Dhuha, Al-Lail.SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DI DALAM KERUGIAN MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH..AL-Asr 

Sharing knowledge is like sharing a sweet that defianately sweet and never end......soooo every can taste and happy together

AYYUHAL WALAD (WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA) IMAM GHAZALI

Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali (Imam Al Ghazali) mengarangkan sebuah kitab walaupun pada asalnya adalah sebuah surat yang depenuhi dengan nasihat dan panduan untuk hidup di atas muka bumi yang di beri nama AYYUHAL WALAD bermaksud wahai anakku. Imam Ghazali memulakan setiap nasihat yang ditulisnya di dalam surat itu dengan panggilan YA AYYUHAL WALAD ....Ini dapat menggambarkan kasih sayang Imam Ghazali terhadap anak-anak muridnya menerusi nasihat yang disampaikan dalam bahasa yang halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nuraini sehingga kadang dapat menaglirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali terhadap para pencinta ilmu mahupun masyarakat yang baru menjinakkan diri dalam ilmu agama....